MAY PEACE BE UPON YOU
"The heart is like a bird.
Love is its head, and its two wings are hope and fear."
Ibn al-Qayyim, Madârij al-Sâlikîn
You may navigate by the buttons below.
Sunday, June 18, 2006
13:20
Ad- Dhuha
WAKTU DHUHA
Waktu selepas naik matahari sehingga Zohor dinamakan waktu Dhuha. Waktu itu disunatkan bersolat sekurang-kurangnya dua atau empat rakaat solat sunat dhuha.Waktu Dhuha amat panjang. Ertinya di celah-celah bekerja bagi orang Mukmin, ia sempat untuk melakukan solat sunat dhuha. Kebiasaannya org hari ini mengisi waktu rehat pagi dengan makan dan minum selama setengah jam. Orang Mukmin elok mengisi waktu itu dgn bersolat Dhuha. Tak lama pun...5 atau 10 minit sahaja. Selepas itu kalau nak minum ringan pun ada masa lagik.Banyak kelebihan dan fadhilat solat sunat Dhuha. Menurut sebuah hadis riwayat Imam At-Tirmizi dan Ahmad dari Abu Hurairah bahawa siapa yang isitiqamah bersolat sunat dhuha, maka dosanya akan diampuni Allah walau pun sebyk buih di lautan. Dalam hadis lain disebut bahawa solat sunat Dhuha membebaskan seseorang itu dari api neraka.Dalam hadis riwayat Imam Muslim pula menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:"Setiap org mempunyai hak terhadap seluruh sendi pada dirinya agar dibayarnya sedekah. Setiap ucapan tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) adalah sedekah dan setiap amar makruf adalah sedekah. Walau bagaimanapun semua pahala tersebut terkumpul di dalam solat dhuha. Memadai jika mendirikan solat sunat dhuha dua rakaat, menyamai semua pahala itu. "Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi hadis dari Abu Hurairah, katanya :"Nabi s.a.w. berpesan kepada aku agar melakukan tiga perkara dan jangan ditinggalkan;1. Berpuasa sunat tiga hari dalam sebulan2. Bersolat sunat dhuha3. Bersolat sunat witir sebelum tidurDemikian di antara kelebihan mengisi waktu dhuha dengan solat sunat dhuha. Bagi org mukmin, ia akan mengisi jadual hidupnya dgn solat sunat dhuha drpd mengisi perut dgn "tea break"